Deliver My Little Caliph | Assalamualaikum Faaliq Akhiyar
saat mommy tulis ni si faaliq dah berusia 1 tahun .
kelakar nye la . kejap je masa berlalu sampai x sedar setahun dah anak mommy .
akan tetapi peristiwa yang hampir meragut nyawa kita dua beranak masih segar . ye , mungkin momy dah tak ingat se detail nya tapi nak mommy coretkan kat blog mommy .
kisah bermula pada 27/05.21 . mommy rasa nak terkencing . tup2 rasa mcm ade benda tergantung . mommy capai dan tgk ade ketulan darah . terus panggil daddy . daddy punya lah panik tp daddy sempat snap pic nak tunjuk kat doc .
mommy tadek rasa sakit apa2 so mommy mintak daddy santai2 siapkan barang2 mommy . kami gerak dalam kol 8 lebih x silap mommy . terus ke putrajaya . mommy walk in je . and mommy awal2 dah tau kena bayar depo . awal2 mommy amik cash 1000 suh daddy pegang .
sampai kat hpj sesat pulak sbb tak tau kat mana PAC .
sampai2 terus daftar , bayar depo , buat covid test . cek laluan ( dah 2cm ) auto kena warded. perjalanan kat HPJ sgt smooth . semua cepat . sementara tggu covid test dapat la jumpa dengan suami . lepas warded terus x dpt jumpa sampai lah hari discharge . yih geram betul !
contraction mommy start ptg sampai ke malam esok nya . bapak lama . masa ni mmg tawakal tp mommy tadek lah terpikir sampai ahh doctor ceaser jela sumpah tak .
macam2 ubat mommy amik , tp masih laluan x buka ,
vc dengan dengan suami x membantu . tahap sakit tu sampai nak g toilet pun pusing dah kepala . rasa nak terberak je . cek laluan lebih 15x sampai berdarah2 sudah nya vagina bengkak kepala baby pun bengkak . 28.05 pagi air ketuban mommy dipecahkan , azab nye tuhan je tau . start pada tu bukaan 4cm . 11AM 28.05 mmy ditolak ke LABOUR ROOM . tp masih sama bukakan tadek , masa ni mommy amik je epidural . pulak nak jadi cerita leaking . patut mommy sakit . tepat jam 3 ptg doc bg mommy last chance utk tggu laluan buka sehingga 7ptg. 7 ptg tadek progress , doc schedule czer jam 11 mlam . baru je msg family tup3 terus kena tolak g OT ROOM. dengan tadek sape tahunya , masa ni mommy dah start stress .
disebab kan mommy dah pkai epidural derang nak full bius utk operation . masa ni mmg jadi kambing hitam . apasaje yg boleh selamatkan anak dan nyawa mmy akan mmy turutkan . nasib baik , pakar bius datang and offer spinal bius kat mommy dpt la half bius .
ye , mereka bedah mommy dalam keadaan separuh sedar .
tepat 9.34pm 28.05.21 lahur lah satu lagi khalifah utk mommy daddy bimbing di atas muka bumi .
pertama kali tgk muka anak mommy BAPAK PUTIHNYE DENGAN BIBIR PINK . serious mcm x caya . tp apa yang buat mommy percaya KELUAR SEBIJIK MUKA MUMMY !
SO BERMULA LAH HIDUP DENGAN CABARAN ...
PENYUSUAN .
apa kau egt senang ke nak menyusu baby ? mcm selak baju dan bg ?
aku ni tahan telinga je kena merah dengan misi . dalah pertama kali , dalah tadek ilmu .dah lah suami tadek . anak nangis sua susu ingat mudah ? dengan luka kat perut ni berdarah , dengan kita bernifas lagi . yihh bermula lah baby blues aku masa ni . sakit pinggang , pampers nak kena tukar . anak nak kena urus diri sendiri lagi . masa ni terus rasa marah kat suami .
masa ni pikir duit tu dah tadek erti , lebih baik habis utk keselesaan !
SAMBIL URUS ANAK SAMBIL MELELEH AIR MATA !
anak bising nak kita je . kita ni x cukup tido . masa ni emosi sgtsgt . badan letih . nak tggu discharge tu mcm dalam penjara !
7pm 30.05.21 baru lah dpat discharge . masa ni sebak sayu bila bawak anak jumpa suami ..
0 Whats my QTpie says...
PERINGATAN !!!
Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.
Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.
xoxo,
Mia