Assalamualaikum , semua .
bila pregnant ni orang kata nyawa di hujung tanduk . apa saje perbuatan kita mesti kena BERINGAT dan BERHATI2 . jangan sesekali rasa kita mampu lakukan semuanya sendiri .
Itu lah Yang berlaku .
benda paling mia takut sepanjang pregnancy adelah berlaku perkara2 diluar jangka . kadang2 terlalu menjaga , Allah tetap nak uji supaya beringat .
Isnin , 22 March 2021 . jam 12.58pm .
kronologi nya mia sembelit pagi tu . then teran jgak yela mesti nak kasi setel . sebelom lunch mia pee , the masa wipe it off ade bleeding which is mia tak sure dr miss v atau dubur . so terus gigil 1 badan , sbb pertama kali berlaku . masa tu pikir apa lah yang akan berlaku . call suami pun susahnya Ya Allah nak angkat . rasa nya berbelas kali jgak . dalam otak nak ke hospital tp tadek rasa sakit ke apa so decide ke klinik dulu. sepanjang nak ke klinik ni tadek gerakan langsung ! mia mmg menangis je dalam kereta
Dapat je call suami , terus amik dia kat tempat kerja and g klinik . masa ni dah 2 trip pee tp tadek bleeding dah . so tggu pulak doc sampai jam 2PM . masa tu anak pun dah ade gerakan mcm biasa active ! Ya Allah cuak nye mommy adik !
then bila mia dah tenang mia dapat recall semua yang berlaku . mia mmg luka kat dubur sbb sakit sgt masa buang air besar terasa mcm luka sbb sembeli ( effect zincofer yg mia makan ) then doc suspek mia mungkin mengalami buasir tetapi dia kata kita pantau dulu . lepas tu terus scan , ikotkan scan semua dalam keadaan baik dan tadek tanda2 yg mengatakan pendarahan sbb keadaan uri atau bayi dalam kandungan . then alang2 scan baby , mia rq scan 3d sbb nak tgk muka anak mommy hehehe.
ya Allah , anak mommy semangat sangat tau . 31 week pun nampak dah tembam pp . tp pemalu mcm daddy dia , pipi labuh sangat . mmg ade ckap kat suami , tah2 anak kita pipi labuh , sbb berat mmg cantik je .
bila tengok progress cantik , syukur lega . apa pun membesar dengan sihat ye sayang .
Wrote by Amira Joyah (AJ)