Assalamualaikum .
saat korang baca ni mia dah selamat melahirkan anak .
pasal anak kita story lain ok .
skrg nak cerita pasal mia kena warded waktu 36week pregnant .
masa n pikir konon nya nak beranak sgt dah ni . tp baby akan jadi kehairan prematured la . sbb tak cukup bulan lagi .
bermula dengan mia rasa skit perut . agak kerap lah dari pagi sampai ke siang nya . mia pun ade buat contraction count , kerap dalam 10 MINIT gitu .
kebetulan pagi tu ade checkup . tp tak dpt jumpa doctor . kami pun balik tp yela kita kan first pregnant ade la rasa risau n tanak menyesal dikemudian hari . terus shoot g klinik kat puchong permai . scan punya scan , doc kata dah tanda2 nak bersalin dah ni ! terus dpr referal letter ke hospital .
kami pun terus shoot g serdang sbb barang mmg ade dalam kete .dengan baju kerja ni terus g hospital . mcm excited dan mcm takut pun ade.
proses kat serdang mmg mintak maki , sehari baru dpt katil . mmg out gila . no wonder orang suka beranak swasta . tp apakan daya kita ni B40 je . kena swap test , sementara kat PAC dpt la jumpa suami 2 3 kali , acah2 alasan anta barang la apa lah hehehe . sis mmg meronta2 nak balik . masa ni dah seluk , tp belum ade bukaan . so doc nak pntau . dr jumaat warded . sabtu baru dpt katil tau . tu pun dah ptang , kati rapat2 panas lak tu . adoi tersiksa rasa nya .
bila dah dipantau di cek apa semua bagai , doc kata belom lagi nak beranak . mcm false contraction je . tp still kena pantau utk pastikan mommt n baby sihar . masa kena warded tu mia dalam 36w4d camtu la kot .
nangis je mia sepanjang kat ward .sejujurnya i hate hospital sumpah rasa mcm benci sgt kat spital .
yang i suka pun makanan dia jela , sedap2 and free HAHAHAHA
selesai 3 hari 2 malam kat hospital serdang , daddy terus tekad nak anta putrajaya . sbb nak bg keselesaan sesuai dengan kemampuan kami .
alhmdullilah , selamat kami anak beranak . dan kehidupan diteruskan spt biasa . mommy anggap ni praujian utk deliver nanti . hehehe
Wrote by Amira Joyah (AJ)