Cakap pasal Kuala Lumpur , mesti semua terbayang twin TOWER yg jadi kebanggaan Malaysia kan?
Nah, Kali ni sekali lagi mia berpeluang rasa sendiri pergi ke menara Kuala Lumpur atau lebih DI kenali dengan KL TOWER.
APA yg menarik tentang menara Kuala Lumpur ?
*menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter.
*Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut.
*Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia
iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.
*Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.
Tapi kan gais, mia tak sempat lagi nak berada di puncak menara ni . yang mia pergi ialah blue coral mini akuarium yang ada kat bahagian bawah.
Jadi , ini lah blue coral yang mia asyok pokpekpokpek dari tadi. bahagian entrance ada kedai cenderahati dan kaunter tiket.
part ni sangat cantik. ada air terjun dan akuarium terbuka tapi jangan gatal seluk tangan dalam air. ada yang kene ngap nanti . hehehe
saiz ikan dalam akuaruim ni lebih besar tau. yang mia perasan ada ikan yu
ikan dan hdupan dalam laut yang di tayangkan kat sini bg mia agak menarik. ikan yang mmg korang takkan jumpa kat kedai ikan boleh tengok kat sini tau. dari belang2 ke warna warni. kanak kanak mesti suka.
.
finally dah habis tour selama 1 jam dalam blue coral . actually dia makan masa dalam 20 minit je. tapi sebabkan kaki selfie macam kami ni, selfie dengan ikan je lebih. hikhikhik
eh, dah sampai kl tower apa salah nya masuk ke ruang legar dia kan? so kami pun terjah ke ruang legar yang ada kaunter tiket, entrance ke pelantar , kedai cendera hati,gerai makanan dan aktiviti lain seperti perkampungan melayu ( kene bayar 1 kepala rm 18 dewasa )
kat ruang legar ini juga ada satu bilik yang dinamakan mini panggung yang memaparkan sejarah pembinaan menara kl. lah, baru mia tahu bawah menara kl ini ialah water resevoir !
kalau tengok sejarah pembinaan dia, mmg mia sendiri tak sangka di malaysia ada menara sehebat menara kuala lumpur ni. mmg menjadi kebanggan rakyat malaysia.
lagi satu yang buat mia lagi teruja ialah Kapsul Masa. Actually mia pernah deangar tapi tak berapa clear apa tujuan Tun M wujud kan kapsul masa tu ??
katanya ada tertulis wasiat utk generasi akan datang. dari apa yang mia google, wasiat/mandat tu akan dibacakan pada tahun 2087 iaitu selepas 100 ia di tanam. bagaimana rupa dan isi kandungan mandat tu tak ada siapa yang tahu . apa yang mia tahu lagi kapsul masa ni dulu di tanam di kawasan The Mall yang sekarang dah jadi Sunway Putra Mall. Selain Tun M , Datuk Sri Anwar Ibrahim juga ada tanam kapsul masa. dan seorang lagi pemimpin tp mia dah lupa. hehee. Menarik untuk di kaji .
sekarang mia berada di balkoni ruang legar menara kl.
gais, nampak tak pokok tualang ni ? ada fakta menarik tentang pokok ni. tak silap dah berusia 300 tahun. dan dia masih di pelihara baik. mcm menjadi simbol gak lah.
nak berhambar dengan menara tak dapat jadi mia bergambar dengan replika jelah. hehe
HAI PEMINAT DURIAN. * lambai tangan * kat dalam ruang legar ni ada satu kafe yang jual aiskrim durian dan kopi durian. mcm pelikkan ? tapi menurut peniaga kopi tu kopi durian tu adalah tarikan utama di menara KL . so siapa berani cuba boleh layan kopi durian ni okay?
order dan lepak di depan kafe. |
ada sesiapa nak booking tiket tok xmas dan new year? |
ini sahaja yang mia dapat share, tp tadi mia dah share mcm mana cara nak dapat tiket lebih murah untuk ke Blue Coral kan ?
SELAMAT BERCUTI GAIS.
XOXO,
MIA
Wrote by Amira Joyah (AJ)