Selamat Jalan Kakcing @furcythecat



21 JUN 2019 - 04 DEC 2019



Salam semua ,
sedih nak menulis , sebak nak tulis setiap inci bait kata2 ..
kehilangan berulang kembali pada bulan december .. cukup i takut tiap kali berlakunya kehilangan sbb tak sanggup nak hadap bila ada kehilangan .

Pada 4 december 2019 , anak kucing yang kaksis panggil Furcy ( Percy ) akhirnya pergi menghadap Illahi . pergi sendirian tanpa mamy dan dady di sisi . Allahu

kisah bermula bila Percy muntah atas carpet mami , mami egt Percy tersedak sbb mamy nampak Percy main dengan lipas . lepas muntah percy elok je cuma dia suka lepak sorang , and duduk mcm lembu .

hari berganti hari percy punya perangai pelik , bermula dengan dia sendiri serah diri siap masuk dalam besen yg mami isi air and berendam ! bukan sekali tp 3 kali so mami ni tahap letih dah nak kering kan badan dia . mami pelik lah jgak , sbb dia kalau mami mandikan hancur tgn mami dicakarnya .  masa perangai pelik ni pun dia nak berendam je kalau mandi terus lari .

air liur dia start meleleh dan paling ketara dia mula nak melepek .. makan tak lalu , asal bg air dalam mangkuk dia celop kaki .

sbbkan hari isnin tu gusi percy dah start mcm luka, mami decide bawak g klinik , so doc sahkan percy ada masalah buah pinggang dan demam kuning ( melalui simptom ). and doktor ada ckap kat mami suruh let go percy melalui ubat ( mati kan dengan ubat utk elak terseksa ) . tak fair pada percy kalau mami matikan so mami mintak je doc buat apa yang dia termampu . terus doktor drip air dan bekalkan percy ubat untuk tiga hari .

mamy dan daddy meleleh air mata dalam kereta kenangkan kelincahan percy .. kecomelan dia , kenakalan dia dalam rumah .. hmm sedih mami dan dady .

mamy bawak balik percy mmg lemah sgt , suap air terus muntah . tp mami pksa jgak sbb badan percy kurang air . tp percy pandai walaupun nak muntah cepat2 dia lari ke dalam sangkar sbb mami letak pampers sheet dalam tu .

dady nangis tgk percy camtu .

mamy egt lagi tiap malam dady akan amik percy , dukung slow je sbb takut percy cakar. bawak g belakang sbb percy duduk kat balkony belakang. kalau mami balik kol 5.30pm dengar je bunyik grill , mami masuk umah dah dengar dah gong gong gong bunyi Percy ketuk pintu grill sbb nak masuk . mami plak bukak pintu terus amik Percy hug Percy .. rindu mami . sofa katil semua ada kesan percy cakar sbb percy mmg nakal . Grill tingkap mami abis semua dia panjat . pokok aloevera daddy ? dia duduk dan tido atas tu . hahahaha.

haih lah budak bertuah.

apa pun selamat jalan anakku , terima kasih menjadi penyeri hidup mami dan daddy , didik mami daddy rasa kasih sayang dan sabar . Bahagialah percy di samping penciptaNya . mami dady takkan lupa kenangan kita 3 beranak ..













Previous Entry : new-baby-cat-named-furcy

xoxo , 
mami mia

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia