Baby Journey 2020 | AMBIL DARAH SAMPAI PITAM ?

Assalamuailaikum semua ,

entry kali ni mia nak cerita pasal amik darah kat KKIA .
 hmm . jom kita mulakan ..


BREAKFAST 

Pagi ni mia cuma amik makanan yg ringan je . sebenar nya mia makan bukan sbb nak amik darah tp sebab routine . mia mmg lupa kalau nak amik darah mmg kena makan. tp tu lah , dah breakfast tu routine so teruskan jela . 



susu HL mmg wajib , so mia tambah roti bakar dengan air fryer 2 keping . sedap jgak . rasa crunchy tp tadek nampak kesan bakar tu . utk spread mia pkai kaya jela .


selesai makan . suami pun sampai ..
terus gerak ke kkia .


amik no giliran dan tinggal buku dalam bakul . mcm biasa ramai gila manusia . nurse suh semua tggu dalam kereta .

sejam berlalu masih tadek respon .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Macam biasa la aku mula la panas bontot , 2 3 kali jenguk tp masih tak sampai no . last2 mia nampak ada seat kosong terus msg husband nak tggu kat dalam . itu pun kemain lama menunggu giliran . 





dah petak punggung baru lah no naik .. Ya Allah menguji kesabaran sgt ...


TAK JUMPA URAT 

Nombor mia pun sampai , fuh nervous tp masih dalam kawalan . msa ni dah pikir .. apa pun jadi serah je diri ! 

nurse mula ikat cari vein .. oh nampak katanya . lega lah hati ni. first attempt cucuk sampai bersilat kekiri kekanan jarum . GAGAL !

" TALIAN HAYAT ! "

datang 2 orang misi tambahan . total 3 .
sepertinya yang akan cucuk ni lebih pengalaman . mia tawakal . 

2 attemp . GAGAL !

" vein haus ni .. " mia dengar je nurse mengomel . masih mcm yg pertama cucuk dan pulas pising kekiri kanan . 

kanan : yang berjaya 

kiri : ada dua dot merah .. GAGAL



nurse yang dr tapi pandang terus pegang tangan kanan  mia . " cuba belah sini .. urat nampak ni "

hulur tanda mengalah . janji derang dapat darah aku !


cucuk kedalam .. tarik .. masih kosong , aku dah mula baca " La ilaha ila anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " . makin ditarik dan KELUAR darah !!

ALHAMDULLILAH !!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Nurse saya rasa nak pitam ..."

terus nurse kata jangan balik duduk dulu .

mia keluar and terus call husband  .. " by masuk jalan terus , nampak mesin penimbang sayang kat kiri ... " by sempat pegang then mia rasa mia hilang ...


dengan masih rasa melayang tekak mia mmg rasa loya , mmg isi perut ni nak keluar . 
bangun terus ke singki . nasib sinki depan tu je . first muntah air liur yg pekat .. belom sempat duduk dia keluarkan semua isi perut . hanya susu ,yang kejap hijau , kuning dan putih . suami ckap la . mia dah gelong . yang mia sedar susu mengalir dr hidung . mata berair menangis yg beria . sakit dan sesak nafas . ya tu yang berlaku !

.................................................................................................................................................................


suami papah dalam kete lepas mia rehat . terus balik . seharian ye rasa pening melayang . mujur mia mmg cuti .


sekian pengalaman .. alahan .. dan amik darah . hehe


Mom to be ..
Miya










Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia