Assalamualaikum .
topik entry mia kali ni nak bercakap pasal visi dan misi . kemain lagi kan ?
mia nak share target mia utk 5 tahun a.k.a sebelum mia masuk ke 30 tahun.
bukan mudah nk dapatkan apa yang kita nak tambah2 pula mia pun dah ada byk tanggungjawab and perkara yang perlu mia amik pusing . And ofc mia tak boleh selfish .
mia harap dapat lah buat semua ni sebelom umur 30 :
Kumpul depo utk rumah pertama atas nama sendiri
Nampak je mudah ni . dulu masa bujang boleh la ikat perut simpan banyak2 . tp mia cuba lah dalam masa 5 tahun ni berapa banyak yang mampu . mia dah ada moto , ye mmg kereta tu keperluan tp mia tk ready nak byr kereta sbb setakat ni nak kemana2 pun ada moto , kalau jalan jauh husband pun ada kereta. lagi pun husband mmg tak bg mia amik kereta lagi.
Naik Kapal Terbang
Mia ni mmg sangat takutkan kawasan tinggi atau org kata GAYAT.ye mia cepat panik rasa darah ni supppp hilang terus pucat. tp dalam hati ni masih juga nak naik kapal terbang. even g langkawi pun takpa aih !
Bercuti dengan keluarga tiap tahun
As you guys know , mia ni mmg suka kumpulkan ahli keluarga mia . mcm last year kami bercuti kat PD walaupun bukan 100 % mia taja dapat berkumpul tu dah syok sgt. tp mia dapat 1 malam je . Insha Allah kita try buat 3 hari 2 malam pulak kali ni . hiks ! bukan apa mia ni bukan keluarga senang . masa mia kecik sgt payah nak bercuti kesana kesini . kalau arwah abah bawak pergi air terjun ulu bendul tiap hujung bulan tu adalah kenangan paling indah yg mia ada. that y mia kalau ada duit mmg nak sgt bawa semua berehat dan bercuti. harap tradisi ni kekal sampai bebila . In Shaa Allah.
50% fokus kepada online shop
Pada yang follow mia di FB @miyalamyra korang mesti tahu mia skrg aktif kendalikan 2 IGShop iaitu @myaandco.my & @sewabarangpelaminmini . Inshaa Allah kalau betul2 maju baru pikir fokus 100%
Fokus kepada keluarga kecil
Buat masa sekarang mia masih belum dikurniakan cahaya mata jadi fokus lebih kepada suami. jadi suri umah ni bukan mudah , kita kena uruskan suami mcm baby . setakat ni duduk berasingan husband masih sediakan keperluan sendiri . mcm tu jgak mia . masih2 jadi weekend husband and wife. hahaha
actually tadek apa yang lebih happy dan bahagia kalau dapat happy kan orang sekeliling kita . walaupun mia bukan gaji besar tp ada rezeki utk semua org In Shaa Allah.
semia semua yang mia idamkan ni tercapai ,. Aminnnn!
xoxo , mia
Wrote by Amira Joyah (AJ)