Perancangan Akan Datang

Assalamualaikum .


topik entry mia kali ni nak bercakap pasal visi dan misi . kemain lagi kan ?
mia nak share target mia utk 5 tahun a.k.a sebelum mia masuk ke 30 tahun.
bukan mudah nk dapatkan apa yang kita nak tambah2 pula mia pun dah ada byk tanggungjawab and perkara yang perlu mia amik pusing . And ofc mia tak boleh selfish .

mia harap dapat lah buat semua ni sebelom umur 30 :

Kumpul depo utk rumah pertama atas nama sendiri

Nampak je mudah ni . dulu masa bujang boleh la ikat perut simpan banyak2 . tp mia cuba lah dalam masa 5 tahun ni berapa banyak yang mampu . mia dah ada moto , ye mmg kereta tu keperluan tp mia tk ready nak byr kereta sbb setakat ni nak kemana2 pun ada moto , kalau jalan jauh husband pun ada kereta. lagi pun husband mmg tak bg mia amik kereta lagi.

Naik Kapal Terbang

Mia ni mmg sangat takutkan kawasan tinggi atau org kata GAYAT.ye mia cepat panik rasa darah ni supppp hilang terus pucat. tp dalam hati ni masih juga nak naik kapal terbang. even g langkawi pun takpa aih !

Bercuti dengan keluarga tiap tahun

As you guys know , mia ni mmg suka kumpulkan ahli keluarga mia . mcm last year kami bercuti kat PD walaupun bukan 100 % mia taja dapat berkumpul tu dah syok sgt. tp mia dapat 1 malam je . Insha Allah kita try buat 3 hari 2 malam pulak kali ni . hiks ! bukan apa mia ni bukan keluarga senang . masa mia kecik sgt payah nak bercuti kesana kesini . kalau arwah abah bawak pergi air terjun ulu bendul tiap hujung bulan tu adalah kenangan paling indah yg mia ada. that y mia kalau ada duit mmg nak sgt bawa semua berehat dan bercuti. harap tradisi ni kekal sampai bebila . In Shaa Allah.

50% fokus kepada online shop

Pada yang follow mia di FB @miyalamyra korang mesti tahu mia skrg aktif kendalikan 2 IGShop iaitu @myaandco.my & @sewabarangpelaminmini . Inshaa Allah kalau betul2 maju baru pikir fokus 100%

Fokus kepada keluarga kecil 

Buat masa sekarang mia masih belum dikurniakan cahaya mata jadi fokus lebih kepada suami. jadi suri umah ni bukan mudah , kita kena uruskan suami mcm baby . setakat ni duduk berasingan husband masih sediakan keperluan sendiri . mcm tu jgak mia . masih2 jadi weekend husband and wife. hahaha

actually tadek apa yang lebih happy dan bahagia kalau dapat happy kan orang sekeliling kita . walaupun mia bukan gaji besar tp ada rezeki utk semua org In Shaa Allah. 

semia semua yang mia idamkan ni tercapai ,. Aminnnn!


xoxo , mia






Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia