tajuk mesti kena gempak , ini lah nama nya click bait . hahaha
okey lama nye tak review hotel , tido hotel ni sekali sekala apa salahnya . treat utk diri kita , keluarga kita kan .
kali ni mia nak bawa korang imbau Anniversary Trip Mia yang ke 4 ( 2023 ) mia booking utk surprise kan suami tercinta . sebulan awal x silap mia booking.
actualy ade banyak variasi bilik dengan harga pada mia agak berpatutan . ye la sedia maklum ini 5 start hotel , so dalam pikiran mia 1 malam mesti mahal gila . tapi serious tak . korang cek SINI . SERENDAH RM 276 JER !
Macam mia tak kisah sgt bilik cemana , janji selesa and katil mesti KING . almaklum la sikecik tu kan ade , hehehehehe .
SATU perkara best setiap kali check in kat sini ialah , korang kan dapat welcome cookies ! okey la sedap jgak cookies dia makan time pnas , syahduuuu
ni mia tapau sandwich steak mmg sedap sgt daging dia lembut gilaaaa . mia syak daging mahal ni sebab mmg mcm dalam dunia tipu dan nyata , rasa dia sedap betul . cookies yang korang akan dapat mcm dalam gambar dalam tray belah kiri tu tau .
Mia tempah utk ALL in One . actually pakej ni mia tak pasti wujud atau tak , sbb mia request bilik yang ade breakfast and ADD ONN makan malam . sebab tanak pening cari makan kat luar kita mmg nak lepak dalam bilik dan kawasan hotel sahaja. utk anniversary mia tambah pakej DECO .
Double Tree Hilton Shah Alam ni terletak betul2 depan iCITY tau . dr dalam bilik mmg nampak lampu2 tu . serius best gila . tayah sesak2 nak g tengok lampu .
kolam renang yang disediakan ade jacuzzi cuma kids pool dia tak mcm putrajaya ade mainan . ni pool biasa je . ade jgak game room . ade gym . byk activity korang leh buat once check in kat sini .
makan malam lah paling kami tunggu sbb tertanya tanya menu apa lah malam ni . For me serious tak rugi a penny pun bayar dinner sbb ade seafoos fresh . for the first time mia makan scallop ! Masha Allah , nikmat rupanya . sedap tp mcam ade rasa besi siked . hanyir tadek langsung . then dia serve pulak scallop ( sumpah i suka sgt ) makan dengan tabasco sauce . the best part dia ade serve salmon Shasimi . i mmg rasa semuanya tp tak dapat nak makan beria sbb faaliq letih so dia jadi crancky . utk full experience dengan mia apa kata korang tgk VLOG MIA ---> Review Hotel Hilton Double tree Shah Alam
makanan mmg A+ . mai tak sure berapa harga makan malam di sini . Buffet style tau . mungkin rate rm 150 ++ . makan sampai lebam. tp percayalah mmg puas hati sgt makan kat sini . mia tak dan hayati betul2 sebab anak meragam je .
utk hari kedua sebelum check out mia sempat la breakfast buffet . ha , lupa nak story kat korang . buffet kat sini korang boleh pick your own salad tau . mmg boleh cabut sndiri dari pokok hehe best kan ?
utk buffet pagi ade fresh orange . tak masam . i berkali2 repeat guys ! utk pagi ade byk makanan manis . i share video je kat vlog di bawah ni :
sebelum mia balik , amik la pic kenangan menandakan kita pernah hadir disini .
itu saje utk cerita Anniversary ke 4 . semoga perkahwinan ni berkekalan ke jannah , bahagia dan sentiasa dalah rahmat dan lindungan Allah SWT , Amin
XOXO ,
Mia
Wrote by Amira Joyah (AJ)