Asslamualaikum ,
alhamdullilah syukur ke Hadrat illahi ,
tiada sebab utk tak bersyukur .
akhirnya hari yang kami tggu2 dah sampai .
daddy nya lah paling excited sekali .
02.11.2020 tarikh book appointment utk mia buka buku pink . if nak follow up dengan Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) atau pun nak senang paham utk yang nak mudah , jimat bukak je buku pink dengan KKIA . sbb nnti nak beranak kat Goverment senang sbb kita ada follow up dengan KKIA . tp kalau nanti korang nak beranak kat swasta pun tadek masalah tau . Mia pilih KKIA sbb ramai yang kata instead of save cost , KKIA cek more detail than swasta ... orang kata lah . tp mia mmg awal2 nak cek kt KKIA je , dekat dengan umah . dalam 8 minit je hahahaha.
Mia punya appointment at 9.00am tp mia sampai awal terus daftar , tu pun dah ramai dah orang . bayangkan lah klinik kecik org ramai , dengan musim covid ni takleh suami teman HMMM .
mia dapat no 2017 ..
perkara pertama ... Mia di minta amik no . pilih rumah di kawasan mana . kat mesin nombor tu ada la option A ,B C ,D .. Ikut kawasan . then dia minta mia isi 2 buku pink ( 1 kkia punya , 1 mia punya copy ) isi la detail muka depan tu .
selepas dah siap , dia minta mia buat urine test . utk pertama kali mia mmg terkial2. sbb mia egt kena tggu buku dulu .rupanya tak perlu . terus amik cup ( dah ade nombor ) and tinggalkan kat kaunter sebelah toilet . once buku dah sampai baru dia panggil kita .
di sebabkan tak ada kerusi dalam klinik , and klinik mcm dah full mia terpaksa berdiri . terus Medical Assistant minta mia tggu dalam kereta . once buku dah sampai kat makmal dia akan kol . ohh , pada mia ini bagus , sbb tayah la berdiri tercongok sorang2 . mia pun kua cari husband .
lama jugak la , nak tggu dia kol . dalam 30minit . lepas dia call dia suh kita bawa urine kita dalam cawan yg ada no td utk test . nasib mia dah amik pic siap2 hhahahaa. lepas test , dia suh continue wait in the car .
1jam ....
eh mana boleh tahan naik petak punggung tggu kat luar , mia pun amik keputusan masuk dalam , tgk no giliran dah 2020 . ahh , dah terlepas ke?? tp dia kata dia nak kol !
pastu mia tanya kat front desk , " no dah terlepas . nurse kata nak kol tp tak ada pun ? "
then dia explain no giliran tu tak ikot urutan , once buku sampai kat nurse yang jaga kita baru no kita naik ..
maka tggu lah lagi berpuluh2 minit ....
time ni mia tak tggu luar dah sbb tak larat dengan panas nya . mia pun dah dpt seat . tggu jela kat dalam . dekat 2 jam jgak la tggu baru no mia di panggil . first time jumpa nurse yang akan pantau kesihatan mia dan anak . Pn Karimah , tp di bahasakan diri dia Kak Wah .
dia pun start tanya soalan common , dan minta mia isi n jawab a few soalan dalam buku pink . semua mengenai kesihatan dan emosi .
next , dia cek fizikal . basically dia cek body kita ( kawasan leher , breast and body . ) masa ni malu boh tepi je , janji semua nya sihat . alhamdullilah normal ! next amik berat dan tggi .
10 week 50.6KG / 157cm
next , dia pun tulis and setup nest appoinment . kak wah minta mia utk set appoinment gigi , then set next appoinment , dan appoinment amik darah . dia jugak mintak mia scan barcode ilmu breastfeed .
mcm biasa mia bgtau apa alahan buat masa sekarang , mia ada alami loya ( biasanya muntah 2-5 kali max sehari ) , kerap buang air besar dan letih . mia dapat sticker hijau . rasanya dalam pantauan sbb anak pertama .
selesai jumpa kak wah , dia minta mia amik acid folic kat farmasi dan terus berjumpa doctor . menunggu lagi worrr .
|
beza ubat kkia dan beli kat luar . ubat kkia kecik |
dengan doctor tak byk Q&A , cuma doc bgtau scan hanya di buat waktu minggu ke 20 ( 5 bulan )
.................................................................................................................................................
habis jumpa doc mia kena amik Hiv test . jumpa kakwah semula sbb bilik 8 tadek org pun. then kak wah minta tggu situ sampai ada nurse kecik molek ni tolong buat hiv test . sakit jgak ye ! walaupun kali kedua dah tp sakit tetap sakit . alhamdullilah bacaan normal , ujian menunjukkan 1 garisan bermaksud normal . kembali mia pada kak wah sbb dia nak tgk buku tu balik . maybe nak tgk result HIV . then HABISSSS , fuhhh lega sgt rasa !
so , sini mia nak highlight balik procedure .
1. Ambil No giliran
2. Buat urine test
3. Ukur Tinggi Dan Berat siap2
4. Check Fizikal (jumpa nurse ) buku pink di beri bersama utk kegunaan doctor
5. Cek HIV
6. Jumpa Doc
7. Ambil ubat
8. Anta salinan buku pink kat nurse . ( masa ni nurse mia tulis next appointment kat depan supaya mak buyung tak lupa hahahhaa )
9. balik !
PAKAIAN
better pakai pakaian longgar dan two piece . seluar baju atau kain baju . jangan malaram pkai dress ke apa . susah nurse nak cek . mia pkai palazo dan kemeja . fuh selesa teruk .
MASA
anggaran masa waktu covid ni 4jam ++ ! utk orang yang bekerja mcm mia mmg renyah sebab selalu kena amik cuti . hmm . no wonder orang yg berkerja suka bukak buku pink kat swasta .
sabar jela ibu hamil sekalian !
mom to be ,
Miya