Mia Raya 2019 | Beraya bersama keluarga suami

Assalamualaikum ,
raya keberapa dah ni masih lahap lemang ke awak semua? hehehe
mia dah mula bekerja . masih mood raya huhu .
datang keja pun masih lemau .

perjalanan raya kali ni berbeza . tahun pertama raya dengan suami , tahun pertama tak bersama keluarga dan tahun pertama raya dirumah orang . perasaan tu mmg macam2 ada . tipu lah tak segan kan . walaupun dah kenal semua tp neves tu mesti ada . mia gerak malam raya since hubby masih kerja fullday hari terakhir berbanding dengan mia boss kasi special leave sehari sebelom raya.

perjalanan arah utara agak smooth . tp tadeklah smooth mana sebab gerak kol 9 malam kol 2 pagi baru sampai . hehe . mujur sgt baju dah siap gosok , so sampai terus kebaboom !

PAGI RAYA 

Tak lengkap pagi raya kalau tak ada bersalaman sesama keluarga . di mulakan dengan salam opah , di ikuti abah dan ibu serta adik beradik yang lain . walaupun tak cukup qourum tp masih meriah . tema mia tahun ni mcm korang dah tahu kami #teamhitam 





jadi lah ada jugak pic kami bermanja manja ! next family potrait .........

ibu dan abah



masuk je family ni yang paling best depa pun kuat bergambar !!! hahahaa jadi rasa mcm nak upload je semua ...




kebetulan sangan hari raya 5 jun , anniversary ibu abah pun 5 jun .. so akak dah stanyby cake untuk celebrate di pagi raya .. tp yg buat kesalnya kenapa aku siked pun tak rasa kek tu . seronok apa tah . hahahahaha sampai lupa ! red velvet kot mesti sedap !


indoor dah setel jadi lets move to out door dan hari seterusnya !









while the other camera ...





ni baru hari raya pertama . actually best jgak kampung hubby .. jalan seminit naik kereta dah sampai umah seara mara . hahhaha tak dan nak jalan jauh . rupanya 1 kampung semua sedara dekat2 . best gila kan? yang paling best kampung cik nan . sbb ada air terjun worr belakang umah . mmg dekat sgt!

RAYA KEDUA 

Raya kedua ni mencabar jugak . sebab banyak rumah kami susun  . tak silap 5 rumah tu pun ada yg terlepas amik pic tau ..semua ni kenalan dan sedara mara family hubby. jujur nya i tak kenal nama sebab hubby pun taknak bgtau sape . kena i tanya .. geram sgt dengan dia ni . hahahahaha










toksah cakap pasak kenyang . asyik makan je . last destination rumah makngah hubby kat lawin . rumah dia penuh pokok durian !!!! naik sasau hubby tgk durian gayut2 ( dia mmg hantu durian )
singgah kat sini sbb ada doa selamat utk anak dia nak bertunang esokknya . kami tak g sbb dah nak balik k pahang pulak .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

belanja siked pic orang pahang beraya hari raya pertama ..







sakan noh beraya kat jerantut . sepanjang 4 tahun selepas arwah abah pergi , inilah kali pertama mak pulang beraya di rumah mak dia . sebelom ni mmg beraya kat rumah je.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
perjalanan ke pahang di mulakan malam raya kedua jam 10.30pm dan kami sampai shah alam 4.00am . drop family by terus continue ke pahang . sampai raya ketiga jam 07.00am dengan by dah mamai teruk . byk kali mintak tukar drive tp dia gigih jgak nak bawak . 

then sehari dia tido !

raya ke 4 baru kami berjalan ke rumah mak saudara sebelah abah di bandar baru serting . keluarga wajib kami ziarahi . 











malam tu pulak masing2 gila nak bershell out . abis 1 bandar pusing ! last skali tak jumpa ketam dan udang . at the end kami beli udang masak merah kat kedai . campur dengan shell out pepahat dan sotong . hmmm JADILAHHHH !




jadi lepaslah gian adik jantan nak bershell out . tu jelah cerita raya ringkas mia utk 2019. harap tahun depan lebih meriah !

xoxo , 
mia

















Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia