actually tanak mukadimmah beria . kita ni makin tua . kalau tak menulis mmg takkan ingat . tapi mommy mmg tadek masa byk utk menaip . agak agak teringat mommy update .
Jom mulakan kan tahun 2023 ni dengan kisah mia sambut ulang tahun kelahiran faaliq yang ke dua !
tahun ni mommy dah plan dengan daddy nak bagi faaliq experience sambut dengan kawan2 sebab mommy selalu tgk muka faaliq macam dia happy bila kawan2 sambut . muka budakkan . mana nak menipu .
mommy tempah kek dari fav baker mommy . sister's baker . dari dulu lagi sejak mommy duduk kat puchong semua custom cake mommy buat dengan Jiha . senang sangat deal . harga pun okey la mommy rasa reasonable . kek faaliq tahun kedua ni mommy buat tema spiderman . sebab suka sangat dengan spiderman .
next momy tempah side menu roti jala dan apam mini . pun tema spiderman . bayangkan punya la kreatif sampai roti jala pun tema spiderman . outcome mmg kebabom ye . mommy tak sia2 bayar !
utk hadiah cikgu dan anak2 taska mommy buat khas utk cikgu custom tumbler dan goodie utk anak2 siked nak sama2 seronok.
alhamdullilah semua berjalan lancar , terima kasih cikgu yana dan team byk sgt membantu . cg amir jadi fotographer . lawa2 semua gambar .
selesai majlis anak mommy di taska bersama sama kawan2 dan guru3 , utk TASKA KASIH SAYANG , terima kasih kerana dah jaga kan anak mommy dan daddy sebaiknya .
teruntuk anak mommy satu satunya , Faaliq Akhiyar mommy daddy doakan adik berjaya dalam hidup sama maksud nama adik ( Faaliq : Yang Berjaya ) , taat perintah Allah , kepada mommy daddy . jadilah anak yg soleh . mommy daddy akan pimpin tangan adik sampai adik boleh berdiri dengan kaki adik sendiri . jadi lah orang yang memberi manfaat kepada orang , hidup lang dengan sihat dan ceria serta bahagia dunia akhirat Aminnn .
oppp ! oppp ! korang ingat habis kat sini jeke ? Tunggu Next Part 2 !
jeng jeng jeng
xoxo ,
Mia
Wrote by Amira Joyah (AJ)