Hye Assalamualaikum
Akhirnya setelah hampir setahun berperang dengan wabak covid - 19 , kes makin meningkat pada januari 2021 . NGERI ! ya , dan utk pertama kali mia kena melalui ujian covid 19 RT-PCR . Ujian covid ni melibatkan mulut dan hidung . RT PCR ni dikatakan 99.9% tepat berbanding kit RTK ( Antigen test kit ).
Mia buat test di klinik One Medik bandar puteri puchong. harga untuk sekali swab RM 250 .antara yg paling murah mia dapat .
ikutkan pengalaman , tak lah teruk mana . doktor yang amik sample tu pun buat dengan berhemah . tekak okey , cuma bahagian hidung sakit siked lah . tapi takpe demi nak memastikan kesihatan mia buat jela . yang paling mia concern ialah anak dalam kandungan sbb skrg mia dah hamil for 22weeks . tu lah yang paling merisaukan . so far mmg tadek simpstom . tp covid skrg mmg tadek simptom kan?
doakan mia dan baby selamat sbb mia sgt risaukan keadaan anak if pape jadi kat mia . nanti dapat result mia update yer !
XOXO ,
Mya
UPDATE 21.01.2021
Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah !
keputusan swab mia NEGATIVE !
Walaupun negative mia teruskan kuarantin sendiri kat rumah untuk baby . by right mia kena kuarantin 10 - 14 hari . tp mia akan cuba habiskan kuarantin 9 hari . isnin depan dah mula keja . semua demi anak mommy yg comel nii. sepanjang pregnancy pun belum dapat rehat 1 week mcm ni . so this time mia nak fokus bed rest memandangkan dah sarat jugak ni .
apa pun guys , stay safe covid is real !
Ya Allah kalau imbau balik masa trimester 1 , mia mmg sedih . muka kusam , kering and jerawat . mmg pelik n terasa loss confident . lagi2 terasa sbb org kata tadek seri masa hamil . mia tau je apa punca tp kalau nak banding masalah kulit dengan apa yg Allah kurniakan , mia terlebih dari syukur .
PUNCA
Mia sebenarnya mmg tahu apa punca utama sbb masalah ni mia hadapi masa tengah TTC lagi . Mia alah dengan acid folic . mia tau ramai yg tak setuju . mia amik acid folic 3 bulan sebelom perkahwinan ( spt yg disarankan ) dan ape yg berlaku ? muka mia naik jerawat teruk sehingga ke hari persandingan . tp mia tetap tak stop . so sepanjang kahwin muka mia mmg teruk gila . mia berenti and stop amik Acid Folic pada bulan hujung may 2020 . masa tu mia bebetul nak berehat lepas 1 tahun ttc . mia mintak izin suami utk skip ubat ubat tambahan .
lepas je mia tahu mia mengandung pada 16 sept ( baby form a.k.a last first day period 18/18/2020 ) , mia terus cepat2 makan acid folic sbb mia risau mia dah skip 3 bulan sebelom !
dan mia tahu je apa akan jadi ..
tapi mia mmg pikir anak . muka jerawat ni season je . sbb mia tahun acid folic hanya untuk 3 bulan pertama pregnant . hehe
tp dalam waktu hamil tak mudah tau utk mia jaga muka . product yg mia guna hanya 4 item .
1. Pencuci Muka Cetaphil
2. Toner safi ( ni jarang2 guna )
3. Aloevera Guardian
4. Sublock guardian
utk sunblock trimester 2 baru mia pkai yg guardian sbb baru jumpa ! seelom ni biore matte kuning penutup putih
so far 4 product ni mmg ngam . utk sampingan mia pkai cetaphil daily exfoliating cleanser . nak pkai scrub muka takut kasar sgt .
mcm muka mia mmg kulit sawo matang dengan pakej jeragat . so far tadek dah lah jerawat kecik2 atau besar hingap lepas trimester kedua ni . mungkin sbb mia pun dah stop acid folic . janji bebas jerawat pun dah cukup . nak bersolek tu best la siked finishing nya !
ni pic yg mia ade . nasib selalu anta selfie kat suami hahhah
masuk je trimester kedua dan stop acid folic plus skincare rutin yg mia bgtau . ni lah resultnya \
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-woply14C-ZeEh0o4D7S6xUNHcbh4nsCVQK-paA7pRvXW2BZQlBFYDc6V6XSpJn594UrQknco1SkUIQqz43jkqYx_kRwQh5tEwU3aMK9jEM8Q8D8trY1lUan-xhpU3pYEcUALmi8kDlrp/s320/1c30326e-23fe-4fb4-b2ab-c64c14f75d0f.jpg) |
finishing sunblock je |
mia harap korang yang alah acid folic mcm mia jgn give up tau !
XOXO ,
Mommy Mia