|
21 JUN 2019 - 04 DEC 2019 |
Salam semua ,
sedih nak menulis , sebak nak tulis setiap inci bait kata2 ..
kehilangan berulang kembali pada bulan december .. cukup i takut tiap kali berlakunya kehilangan sbb tak sanggup nak hadap bila ada kehilangan .
Pada 4 december 2019 , anak kucing yang kaksis panggil Furcy ( Percy ) akhirnya pergi menghadap Illahi . pergi sendirian tanpa mamy dan dady di sisi . Allahu
kisah bermula bila Percy muntah atas carpet mami , mami egt Percy tersedak sbb mamy nampak Percy main dengan lipas . lepas muntah percy elok je cuma dia suka lepak sorang , and duduk mcm lembu .
hari berganti hari percy punya perangai pelik , bermula dengan dia sendiri serah diri siap masuk dalam besen yg mami isi air and berendam ! bukan sekali tp 3 kali so mami ni tahap letih dah nak kering kan badan dia . mami pelik lah jgak , sbb dia kalau mami mandikan hancur tgn mami dicakarnya . masa perangai pelik ni pun dia nak berendam je kalau mandi terus lari .
air liur dia start meleleh dan paling ketara dia mula nak melepek .. makan tak lalu , asal bg air dalam mangkuk dia celop kaki .
sbbkan hari isnin tu gusi percy dah start mcm luka, mami decide bawak g klinik , so doc sahkan percy ada masalah buah pinggang dan demam kuning ( melalui simptom ). and doktor ada ckap kat mami suruh let go percy melalui ubat ( mati kan dengan ubat utk elak terseksa ) . tak fair pada percy kalau mami matikan so mami mintak je doc buat apa yang dia termampu . terus doktor drip air dan bekalkan percy ubat untuk tiga hari .
mamy dan daddy meleleh air mata dalam kereta kenangkan kelincahan percy .. kecomelan dia , kenakalan dia dalam rumah .. hmm sedih mami dan dady .
mamy bawak balik percy mmg lemah sgt , suap air terus muntah . tp mami pksa jgak sbb badan percy kurang air . tp percy pandai walaupun nak muntah cepat2 dia lari ke dalam sangkar sbb mami letak pampers sheet dalam tu .
dady nangis tgk percy camtu .
mamy egt lagi tiap malam dady akan amik percy , dukung slow je sbb takut percy cakar. bawak g belakang sbb percy duduk kat balkony belakang. kalau mami balik kol 5.30pm dengar je bunyik grill , mami masuk umah dah dengar dah
gong gong gong bunyi Percy ketuk pintu grill sbb nak masuk . mami plak bukak pintu terus amik Percy hug Percy .. rindu mami . sofa katil semua ada kesan percy cakar sbb percy mmg nakal . Grill tingkap mami abis semua dia panjat . pokok aloevera daddy ? dia duduk dan tido atas tu . hahahaha.
haih lah budak bertuah.
apa pun selamat jalan anakku , terima kasih menjadi penyeri hidup mami dan daddy , didik mami daddy rasa kasih sayang dan sabar . Bahagialah percy di samping penciptaNya . mami dady takkan lupa kenangan kita 3 beranak ..
xoxo ,
mami mia