RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI ISTERI | LADYBAT
Hai Assalamualaikum . Pejam celik dah 3 bulan mia bergelar isteri .
PINDAH RUMAH
alhamdullilah , dah hampir sebulan duduk bersama suami ,
tinggal dengan suami . serumah dengan suami . bila dah kahwin ni hadap lah muka
serebeh bangun pagi , serebeh pakaian dalam rumah dan muka tanpa make up !
masih berdua belum ada rezeki nak bertiga . Allah sebaik perancangan , jadi mia
laki bini tanak pikir walaupun org keliling dah mula paksa mengandung . siked
pun tadek niat merancang Cuma belum rezeki . Jadi sementara berdua ni anggap
jela honeymoon ! kihkihkih
RAMADHAN
Dan sekarang , hari ketiga puasa . makna nya dah 2 hari mia
bersilat memasak juadah puasa . bulan puasa ni EXTRA penat . nasib husband
slalu tolong kemas dapur tiap kali lepas masak . harap dia pun terus lah
membantu sampai bila2 . bukan nak jadi QUEEN CONTROL yeee .korang sebagai
isteri kena tahu , semua kerja rumah adalah tanggungjawab husband , tp adat dah
biasakan isteri yang buat smua jadi nenek mak bapak pun manja kan anak lelaki .
sbb tu lelaki kalau pemalas , pemalas ya rabbi . nasib laki kaksis ni mau
menolong . Alhamdullilah ! Mia bersahur 5 pagi . biasa mia bangun awal ciked
sbb nak masak lauk sahur . lepas siap sahur wajib tiap pagi suap husband madu .
lepastu terus solat subuh Jemaah . ha bestkan dah kawen ? mmg best ! walaupun
penat buat kerja rumah masak semua tp lega bila husband puji .. “ pandai sayang
masak … “ sayang masak sedap “ .. sambil tunjuk isyarat tangan good !
Sebabkan kekangan masa , masih tak berbuka bersama mertua
dan keluarga sendiri . mungkin nanti kena arrange . tak lengkap puasa kalau tak
berbuka dengan family ! kalau balik umah in law signature dish ibu masak sambal
udang . peh dappp ! balik Pahang mcm biasa lah fav kami patin poyok ! ( patin
masak tempoyak ) rindu masakan sedap2 ni . sbb masakan sendiri trak sesedap
ratu2 hati saya ni . hehehe . tu la sbb tak berpuasa dengan mak smalam gigih
buat sambal jawa tp tak sesedap emak buat . huwaaaaaa *cry*
berbuka hari first |
lauk sahur hari kedua |
berbuka hari kedua |
PERSIAPAN RAYA
Amboi , awal lagi kot . tp tahun ni mia bg husband pilih
warna dan warna dia HITAM , gehehehe Layankan aje sbb tahun ni first baju sama
. buat masa skrg tak pikir lgi , mungkin 2 minggu sebelum baru piker nak beli
baju . hehe . persiapan raya kat rumah sendiri 1 pun tak . sbb rumah baru masih
kosong . jadi nak panggil org datang beraya pun malu huhuhu. Jadi no OPEN HOUSE
!
BERAYA KAMPUNG SIAPA ?
Ni soalan paling daring dan paling org nak tahu sampai bleh
buat gaduh laki bini . tp sbb ni tahun pertama perkahwinan so mia sebagai
isteri mengalah lah ciked . kasi chance la . benda boleh bergilir kan . kalut
paaaaa hehehe. Lagi pun selalu kena ingat walaupun dalam islam suami wajib beri
nafkah pada isteri dulu , tp tanggungjawab sbb anak laki tu terlalu besar .
jadi kita as isteri kena belajar mengalah . tambah2 laki tu anak first . kita
pun kena sama2 jaga syurga suami ! suami happy keluarga harmoni gitchewwww !
jadi mia balik kampong nenek mertua dulu bersama2 keluarga mertua . time raya
nilah semua berkumpul so boleh kenal2 rapat sambil kecek macik2 share resepi rendang turun temurun depa ! hiks
Apa pun selamat menjalani ibadah berpuasa . bagi korang yang
masih bujang tu jangan nak buthurt sgt sbb tak kawin . korang patut guna masa
emas ni untuk spend more time dengan ibu bapa dan adik beradik . bila dah kawen
duduk jauh dah tak rasa semua tu tau. Selamat berpuasa dari mia !
0 Whats my QTpie says...
PERINGATAN !!!
Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.
Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.
xoxo,
Mia