BIRTHVACATION AND HONEYMOON 2020 | DAY 1

Hai , 

lama mia tak update . sejak dah ada youtube channel nak menaip kat sini kena pikir 10x. HAHAHA
Mia nak share pengalaman mia , bukan apa nanti bosan2 boleh la baca isi masa lapang kan ?

Mia pergi bercuti dengan suami pada 19 ogos - 22 ogos . actually mia plan nak sambut birthday kat sini . birthday suami mia 25th Ogos , so nak la celebrate best siked untuk  suami tercinta . tp tak  semua kita nak kita dpt , ada la yg tercyduk especially part candle light dinner . sob sob .

Malam 19hb tu , Fil And Mil tolong hantarkan sampai ke KLIA 2 .
Lama jugak kami tersadai kat KLIA , kalau pergi awal pagi mia takut terlambat pulak kan sebab flight mia awal pagi .






ni la gambar2 mia dalam flight . jujur mia katakan , perasaan mia dan pikiran mia mmg overthinking sgtsgt . sepanjang perjalanan tu mmg mia gengam tangan suami , lagi takut lagi kuat lah mia genggam . HAHAHA , suami mia byk kali tenang kan isteri dia ni sbb mia mmg sgt takutkan ketinggian . mcm2 dalam otak mia pikir tau !



Alhamdullilah safely landed @ Langkawi Airport jam 9.05 pgi . amik pic siked , then masa untuk tuntut bagasi . Apa yang buat kami suami isteri tergamam ialah , beg pecah guys ! mana tak terkejut nya . pihak air asia kata hanya pecah sikit , tp pada kami pecah dah tak boleh digunakan lagi !
demi nak tebus kesalahan , kami diberi pampasan sebanyak rm 50 , nak beli luggage 20inch pun tak lepas !


sebab hari pertama je dah huru hara suami pujuk mia supaya holiday kami tak terjejas. mia pun terus berjumpa dengan owner sewa kereta en saiful yg dah sedia tggu kat luar .


LOKASI PERTAMA 

Mia terus ajak suami pergi kuah sbb kalau nak naik skycab ootd kami tak lawa HAHAHA, so kami pergi lah tempat borong coklat , Komplek HIG , kedai HIG , dan apa tah 1 lagi . tp pada mia harga coklat tu semua biasa je . tadek lah murah sgt . kalau murah pun sbb dah nak expired beli byk pun tak guna sebenarnya. so mia beli siked untuk makan je .

next stop mia pergi makan kat langkawi mall , kat situ yang menarik pun secret recipe je . And mia singgah Mr Diy sbb nak beli clothtape untuk tampal bag .

sebab masa pun masih panjang mia singgah Dataran Lang utk bergambar . tengah panas terik pulak tu ! hahaha . mia pun borak2 dengan suami and kami amik masa ni utk pusing 1 langkawi , and kami stop dekat Mangrove area yang ada buat sewa boat untuk mangrove tour tp mia tak pergi pun sbb hujan lebat !

sementara menunggu waktu check in , mia sempat singgah BLACK SAND BEACH yang katanya viral tu . mula mmg tak nampak pasir dia hitam , tapi bila dah kedepan sikid baru nampak pasir dia hitam ! hitam sbb ada bendasing mia rasa sbb masih ada a few spot nampak je warna asal pasir .


dalam jam 4 petang mia check in kat Alia Residence . okey okey lah , 8/10 . bilik sesuai utk 2 orang , ada water heater mia amik bilik atas sbb nak privasi lah kunun . sbb bawah dekat dengan swimming pool . takut bising kan .

last3 kami terlelap sampai maghrib ...

malam mia keluar pergi Pantai chenang sbb tak pergi lagi . so malam kami decided nak makan seafood . melayang jugak 200+ tp pada mia still murah lah sbb shell out rm235 tu ketam sekor je , ni 2 ekor besar tau !

tadek apa yang menarik lepas makan kami g shopping2 and  balik hotel untuk activity esok !

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia