Akhirnya setelah hampir setahun berperang dengan wabak covid - 19 , kes makin meningkat pada januari 2021 . NGERI ! ya , dan utk pertama kali mia kena melalui ujian covid 19 RT-PCR . Ujian covid ni melibatkan mulut dan hidung . RT PCR ni dikatakan 99.9% tepat berbanding kit RTK ( Antigen test kit ).
Mia buat test di klinik One Medik bandar puteri puchong. harga untuk sekali swab RM 250 .antara yg paling murah mia dapat .
ikutkan pengalaman , tak lah teruk mana . doktor yang amik sample tu pun buat dengan berhemah . tekak okey , cuma bahagian hidung sakit siked lah . tapi takpe demi nak memastikan kesihatan mia buat jela . yang paling mia concern ialah anak dalam kandungan sbb skrg mia dah hamil for 22weeks . tu lah yang paling merisaukan . so far mmg tadek simpstom . tp covid skrg mmg tadek simptom kan?
doakan mia dan baby selamat sbb mia sgt risaukan keadaan anak if pape jadi kat mia . nanti dapat result mia update yer !
XOXO ,
Mya
UPDATE 21.01.2021
Alhamdullilah Alhamdullilah Alhamdullilah !
keputusan swab mia NEGATIVE !
Walaupun negative mia teruskan kuarantin sendiri kat rumah untuk baby . by right mia kena kuarantin 10 - 14 hari . tp mia akan cuba habiskan kuarantin 9 hari . isnin depan dah mula keja . semua demi anak mommy yg comel nii. sepanjang pregnancy pun belum dapat rehat 1 week mcm ni . so this time mia nak fokus bed rest memandangkan dah sarat jugak ni .
apa pun guys , stay safe covid is real !
Wrote by Amira Joyah (AJ)