Misi Mencari pelamin dan Mak Andam | LadyBatJOURNEY

Assalamualaikum ,
entry kali ni i nak cerita pasal kekusutan i dalam mencari bridal.
almaklum lah tunang kejap je . pastu dah kalut lah nak cari bridal sebabnya takut semua FULL !
i cari dr pahang ke negeri sembilan sampai ke johor !
tp survey jela . mia cari area pahang dan nesmilan sebab dekat siked dengan rumah.

ada beberapa butik yg pakej dari rm 2.5k dan keatas . mia actually kalau boleh nak cari yg murah . HEHEHE. tp tak adil lah kalau bahagian pelamin ni mia je yg pilih jadi mia mmg bincang dengan encik tunang tema dan warna . dia kena agree sbb bukan mia je bersanding. dia pun bersanding.

stkat ni tadek apa sgt nak update tp lepas confirm bridal mia akan update dlam entry yang sama ye .

11.07.18

i and en tunang berkunjung ke bridal butik di bandar 32 , Bera . actually the reason i choose her sbb she can make new dress . actually kalau i amik asing2 harga dia akan mahal / i ada survey tempat lain tapi kebanyakan baju sedia ada . and design i tak berkenan . so sebabkan i pun melabur why not i buat yg i and en tunang puas hati .

butik yang i pergi ni dah viral dengan pelamin hitam kat twitter and fb rizalman. so trusted siked. sampai sana orgnya sgt polite .


ini lah butik yang mia pilih untuk hari bahagia . org asyik komen positive do kita pun percaya lah. harap sgt service derang tiptop sebab mia ni mmg cerewet siked. 




koleksi baju yang sedia ada
katalog pengantin


so this is our fitting session , kami tempah baju baru tp nak jgak try baju sediaada , hehe
mia design baju sendiri tau . encik tunang pun sama . dia nak baju ikit pilihan dia . so kita proceed !



 

dia try sungguh2 siap rantai semua . tp lupa amik pic

confirmation session
alhamdullilah . deposit is doneee ! 

update 01 Nov 2018

Actually draft pos sebelum ni mia dah explain kami buat baju baru & customade .
bayangkan bayar deposit dari bulan 7 sekarang dah bulan 11 baju kami masih dalam mencari design and mia sampai 2 kali tukar design !
and today mia nak update finalize design . which is mia stick to idea asal tp mia modified. apa yang mia nak ni tak curi mana2 idea okey. mia nak GAUN TAPI NAK TRADISIONAL . jadi mia decide nak kebaya tp nak tail gaun. and guess what sebenarnya kat Indon perkahwinan derang mostly baju camni . so mia tunjuk contoh baju yang mia inspired from...


nak kain kembang mcm ni !

see lawa kan !!

inspired


ni contoh kebaya dengan tail

update 22.01.19,

lama kan tak update ..
mia tak tau lah ape perasaan sekarang ni ..
21.1.19 pergi fitting baju mia tak ngam terlalu ketat , baju tunang longgar.

design dah gempak sgt sgt !
tp sizing problem . jadi mia terpaksa datang lagi 27.01.19..
yang mana mia sendiri tak tau dpat hadir ke tak . last choice kalau mia tak dpt hadir , mmg last minit fitting lah cerita nya . mia terpaksa ajak akak tu fitting di rumah hari khanis dia pasang pelamin tu. 

baju en tunang lak fitting pg jumaat sebelom akad nikah ptg tu .  en tunang upset sgt sgt . kesian dia . he the one who pay ofc dia sedih . dia nak yg terbaik utk majlis kami. tp dugaan mcm ni pulak berlaku . nak marah bridal pun tak guna . nak tanak dia kena complete kan semua ni sesibuk mana pun dia . baju WAJIB siap !

tema warna : mintgold
pelamin / meja makan : rose gold 

concept kebaya

ketat teruxxxx

later mia update lagi . bye !

29.01.19 

alhamdullilah , baju dah setel . last fitting 27.01 haritu baju dah sedap pakai . tinggal beadding je . result nya kena tggu naati mia akan update lagi okey !

Result 

bila kita deal dengan prefesional In shaa Allah dipermudahkan. Baju sanding mia dan suami siap tepat pada masanya . muat dan kemas . Alhamdullilah . mia ada datang fitting 1 minggu sebelom. masa tu mmg dah okey sangat . cuma yang merisaukan baju suami sbb dia tak balik fitting. mmg gamble tp masa dia try mmg ngam dan dia pun puas hati. tapi , lari siekd dari expectation tentang detailing sbb mia nak bead kat bahu ( full bead ) what come out is lace with small bead. but still nice tp tak kebabom ! tail back kalau tengok dr belakang mmg org akan pikir baju mia gaun. sama  macam mia nak . half gown but still traditional. baju suami mia pulak dia tanak pkai baju melayu biasa jadi dia buat coat songket . seriouys lawa . kalau warna pekat mmg lagi kebaboom !

yang mia nak puji ialah mia ada request big back ribbon ala2 anzalna dan kasut songket . YA ALLAH happy dia tu bila tengok fuhhh puas hati ! tq Rya Zanoura heehehe . kasut mmg selesa . overall pengalaman dengan bridal ni tak lah seteruk yang disangka. lagi pun ada silap dr mia jgak sbb bulan 11 baru confirm kan. dan sebenarnya akak tu bg tau baju mia salah jahit sbb tu lah ada masalah bila fitting time ( fitting time delay) . benda mcm ni kita tk minta tp berlaku jdi nasihat mia biar lah standby awal lagi2 yang customade. atleast kita cukup masa dan kena egt bukan kita je yang pkai service dia . so mmg kena amik langkah berjaga2.







move to make up , muka mia mmg breakup teruk gila tp hasil sentuhan dr Rya Zanoura buat mia confident sgt . tutup merah2 jerawat dan makeup pun tahan dr nikah sampai ke jam 2 pagi ! untuk make up sanding mia pilih make up pink tp sebab kan mia kat cepet hilang belaka pink ! hahahahahaha








terima kasih buat rya zanoura main person incharge untuk majlis mia . terima kasih atas kesabaran dan komitmen yang pihak bridal dah berikan semoga terus maju . mia yakin perniagaan akak mmg boleh pergi jauh . tq so much for everything ! 





love ,
Mia

Share:

0 Whats my QTpie says...

PERINGATAN !!!

Blog ini adalah blog peribadi yang di tulis berdasarkan pengalaman mia sendiri. Apa-apa yang boleh mendatangkan keraguan sila rujuk kepada yang lebih ARIF. Blog ini sama sekali tidak berkait dengan mana mana individu selagi NAMA individu tersebut tidak dinyatakan.

Kesemua entry berkaitan dengan perubatan , supplement dan skincare adalah 100% testimoni sendiri dan mia hanya share testimoni asal dr syarikat terbabit.

xoxo,
Mia